Masih belum reda lagi isu pembantu rumah yang mencuri beberapa hari lalu, jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri kini berdepan ‘masalah’ baru.
Menurut laporan Astro Gempak, Aliff yang terkenal dengan nama Abang Terlajak Laris ini sekali lagi sedih apabila insiden yang sama berulang, tetapi kali ini melibatkan beberapa orang pembantu rumah yang lain.

Aliff mendedahkan kegiatan dan aktiviti keji yang dilakukan oleh pembantu rumahnya menerusi beberapa sesi Facebook Live (FB Live) menerusi laman Facebook miliknya.
“Apabila kes pembantu saya mencuri saya memang naik marah dan mereka merayu untuk tidak di hantar polis. Saya termakan rayu atas dasar balas kesian sesama manusia..
“Apabila kes pembantu saya mencuri saya memang naik marah dan mereka merayu untuk tidak di hantar polis. Saya termakan rayu atas dasar balas kesian sesama manusia..
“Tetapi bila mereka bertiga dan seorang lelaki, suami beliau sebagai tukang kebun pun turut berkerjasama untuk mencuri wang dan jam dan cincin saya bernilai RM100k saya tidak percaya sudah pada bibik yang gaya bak malaikat dan saya tekad melaporkan pada polis walapun saya tidak sampai hati dan menyeru polis menangkap dan membenteras mereka yang sedang berlegar-legar disini supaya tidak ada lagi orang yang terkena nasib seperti saya.
“Handphone saya yang lama juga hilang anda boleh menghubungi nombor telefon manager saya di profile jika ada sebarang urusan yang serius,” tulis Aliff di salah sebuah entri FB Live yang dimuat naik olehnya.
Rentetan kes kecurian tersebut, Aliff membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh.
Sumber: FB Aliff Syukri Terlajak Laris
Rentetan kes kecurian tersebut, Aliff membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh.
Sumber: FB Aliff Syukri Terlajak Laris