DISANGKANYA naif dan bukanlah anak yang nakal serta liar. Seorang ibu terkejut apabila mengetahui anaknya sudah berzina dengan ramai lelaki sejak berusia 13 tahun lagi.
Menerusi perkongsian yang diambil dari penulisan Pakar O&G Hospital Pakar Ampang Puteri, Dr Ariza Mohamed menceritakan kisah seorang remaja perempuan dari Kampung Pandan, Kuala Lumpur yang sudah berzina dengan ramai lelaki tanpa pengetahuan orang tuanya.
Kisah remaja itu terbongkar apabila dia ditangkap kerana tidak hadir ke sekolah bukan kerana sakit tetapi keluar bersama lelaki.
Susulan itu, dia mengaku kepada gurunya yang dia telah berzina sejak tingkatan satu lagi dengan ramai lelaki pelbagai bangsa.
Bagaimanapun, ibu remaja berkenaan tidak mempercayai anak bongsunya berkelaluan tidak senonoh sehingga berzina.
“Dia tak tahu doktor. Dia tak faham. Mungkin sekadar sentuh-sentuh dia fikir sudah melakukan. Dia ni bukannya pandai. Saya rasa dia tak buat doktor. Dia tak tahu,” kata ibu remaja berkenaan.
Jelasnya, oleh kerana sikap remaja berkenaan yang naik, ada lelaki yang mula mengambil kesempatan.
“Dia tidak kelihatan seperti anak nakal dan liar. Dia kelihatan baik dan ya, mungkin sedikit naif-atau bodoh seperti kata ibunya. Namun di sinilah lelaki-lelaki jahat mula memasukkan jarumnya,” katanya.
Remaja tersebut mengakui mengenali dunia seks melalui seorang lelaki warga Indonesia yang mengajaknya menonton video lucah.
“Bermula dengan mengajak menonton video lucah. Pastinya didahulukan dengan kata-kata manis dan pujian. Hingga akhirnya mahu melakukannya dan sehingga merasa ketagihan.
“Kemudian disambut oleh lelaki-lelaki jahat yang lain sambung menyambung sehingga yang terakhir ini.
“Ada yang mengambil kesempatan merakam dirinya dan kemudian mengugut untuk menyebarkan videonya.
“Sehingga anak baik yang tidak tahu apa-apa ini terpaksa mencuri sejumlah wang ibubapanya untuk diberikan kepada lelaki tersebut.
“Lelaki terakhir ini, sebelum perbuatannya diketahui adalah seorang lelaki berumur 30 tahun yang sudahpun ada 2 isteri,” katanya.
Apabila mengetahui kisah mengenai anaknya, si ibu tidak menyangka anak bongsunya telah jauh melangkah dalam keadaan dia sentiasa dalam pura-pura tidak nampak atau tidak mahu percaya.
Dalam kesibukannya, si ibu idak sedar anaknya sedang mengalami perubahan hormon. Dada anaknya sudah memutik dan ada rasa yang tidak difahami dalam dirinya. Namun, dia tidak perasan itu semua. Baginya anak bongsunya ini masih ‘baby’.
Doktor tersebut turut memberi nasihat kepada ibu bapa untuk tidak mengabaikan tanggungjawab dan leka dengan perubahan anak-naka.
“Yang ada anak lelaki tolonglah ajarkan supaya menghormati perempuan, belas dan kasih padanya dan sentiasa melindunginya,” katanya.
Inilah yang dikatakan dugaan dan cabaran menjaga anak perempuan sehingga ada peribahasa dahulu mengatakan menjaga lembu sekandang lebih mudah daripada menjaga anak dara.
Berikut beberapa ingatan yang melintas di kepala sebagai peringatan buat ibubapa:
1. bila anak meningkat remaja – perhati-perhatikan dia. Dia ada keperluan/needs. Jadilah temannya. Bersembang dengannya.
2. Jangan mengutuk anak sendiri. Berilah pujian. Terutama bapa dan abang. Puaskan dia dengan pujian dari lelaki dari keluarganya, supaya dia tak layu lentok dengan pujian lelaki jahat. Ingat wahai bapa, kalau berat sangat mulut dan memuji, tangan berat sangat nak membelai, ada orang lain yang akan mengisi kekosongan itu nanti.
3. Keterlaluan dalam kesibukan – walaupun untuk tujuan dakwah. Wahai ibu, tempatmu di rumah. Perhatikan dulu anak daramu sebelum kamu ingin berdakwah.
4. Pendidikan – berikan sedikit pendidikan seksual bila tiba masanya. Biarkan dia mendengar dari mulut kita bukan dari mulut gatal lelaki jahat. Terkadang kerana ‘soleh’nya kita, nak menyebut seks pun kita tak tersebut. Bahkan dalam program reproduksi pun ada yang tak senang bila diajar tentang alat reproduktif kepada kanak-kanak – tak sesuai katanya.
5. Anak-anak perlu diberi pendidikan dan tanggungjawab. Jangan jadikan dia ‘pets’. Yang kita manjakan dan belai-belai selalu tanpa kita beri didikan. Jangan sesekali menyangka anak kita tak akan melakukannya…….ia akan memberikan kita rasa selamat yang palsu.
6. Bila anak kita telah jadi anak dara, seolah-olah ada bauan atau haruman yang tersebar keluar dari rumah kita – lalu menarik banyak ‘bugs’. Fahamkan dia tentang nilai dirinya. Banyak anak gadis hari ini, termasuk anak gadis kita juga, kadang tergedik-gedik dihadapan kamera. Fahamilah wahai ibu, wanita itu seluruhnya adalah aurat. Sangat menarik perhatian. Sangat menggoda. Beritahulah pada anak kita. Tanamkan sifat malu pada dirinya.