DALAM keadaan ekonomi yang semakin merudum kini, ramai rakyat Malaysia yang terpaksa bekerja keras untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat yang mana ia jelas membebankan ramai pihak terutamanya golongan bawahan.
Ditambah dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), selain nilai ringgit yang kini diniagakan pada 4.34 berbanding dolar AS, ramai yang dilihat terpaksa ‘berjaga’ malam untuk mencari pendapatan tambahan.
Mungkin bagi mereka yang berpendidikan tinggi dan berpengalaman dalam satu-satu bidang bernasib baik kerana mampu untuk ‘demand’ terhadap bayaran gaji, namun bagaimana pula nasib mereka yang kurang bernasib baik dalam pendidikan?
Tambahan di Malaysia, untuk mendapat pekerjaan di mana-mana agensi swasta atau kerajaan, seorang individu sekurang-kurang perlu memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), selain disyaratkan terlibat aktif dalam ko-kurikulum.
Namun, mungkin anda tidak menjangkakan sebenarnya banyak pekerjaan yang tidak memerlukan pendidikan tinggi seperti memiliki “degree” yang mampu menjanjikan gaji yang lumayan.
Laman sesawang Greater Malaysia baru-baru menyiarkan sebuah artikel yang ditulis oleh Emdy Gee menyenaraikan lima contoh pekerjaan yang tidak memerlukan “degree” dan boleh menjana pendapatan sekitar RM4,000 hingga RM50, 000 sebulan. Menarik bukan?
Berikut antara senarai pekerjaaan tersebut;
1. Pemandu Teksi Uber
Menurut seorang pemandu UberX, syarikat teksi Uber akan membayar mereka sebanyak RM15 bagi setiap perjalanan (dan RM20 pada waktu puncak), yang mana Uber hanya mengenakan caj sebanyak 20% daripada bayaran penumpang sebagai caj mereka.
Jadi, secara mudah, pemandu Uber sambilan yang membuat 10 perjalanan setiap malam dianggarkan boleh memperolehi pendapatan sehingga RM1, 000 seminggu atau RM4, 00 sebulan.
2. Agen Insurans
Kini banyak syarikat yang menawarkan khidmat insurans. Untuk menjadi salah seorang agen insurans, pemohon mesti lulus ujian atau peperiksaan yang berkaitan.
Antara syarikat insurans popular dan diluluskan oleh Bank Negara adalah Prudential BSN Takaful Berhad, Etiqa Takaful Berhad, Takaful Ikhlas Sdn Bhd dan lain-lain.
Meskipun ia tidak begitu mudah, tetapi sekiranya seseorang individu itu bekerja keras, ia boleh memperoleh pendapatan mencecah RM60, 000 dan terbukti ramai yang menjadi jutawan selepas menceburi bidang.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bagaimana ingin menjadi agen insurans, baca disini.
3. Agen Hartanah
Seorang agen hartanah berpeluang mendapat pulangan yang lumayan. Seorang broker tanah dapat mengaut keuntungan sekitar RM50, 000 hasil daripada jualan hartanah.
4. Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan
Seorang pegawai Keselamatan dan Kesiihatan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kesihatan orang-orang yang bekerja dalam persekitaran tempat kerja tertentu mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Purata gaji bagi pegawai Kesihatan dan Keselamatan adalah RM 48, 841 setahun.
5. Perniagaan Atas Talian (Online)
Bagi mereka yang berminat dalam dunia perniagaan dan kekurangan modal untuk memulakan perniagaan, perniagaan ‘online’ antara cara paling mudah dan mendapat perhatian ramai kini.
Ramai pengguna media sosial kini menggunakan platform seperti Facebook, Twitter dan Instagram bagi mempromosikan barangan mereka.