Tak Payah Nak Cover Muka, Mohon Korang Digantung Sampai Mati! -Ibu Saudara Dedah Wajah Pembuli Zulfarhan



Ibu saudara arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain mendedahkan lima wajah penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa membunuh Pegawai Kadet Laut Universiti itu.


 
Wanita yang dipercayai ibu saudaranya itu telah mendedahkan nama-nama dan wajah menerusi akaun Facebooknya.
 
Menerusi entri tersebut, wanita itu meluahkan kekecewaan terhadap sikap enam remaja tersebut dan berharap hukuman yang bakal dijatuhkan setimpal dengan insiden yang menimpa anak saudaranya.





Tak payah nak cover sangat muka korang. Bila naik court tahu pula korang nak tutup muka bagai.
 
"Sebab apa? Baru nak fikir hati perasaan keluarga ke atas perbuatan korang. Masa korang buat anak saudara aku tu korang tak fikir pulak apa perasaan family kitorang semua kan.
 
"Especially mak dan ayah arwah Zulfarhan. BERANI BUAT... BERANI TANGGUNG.. Kau rembat anak saudara aku sampai hilang nyawa.
 
"Kami semua doakan korang dapat balasan setimpal. Kalau ikut hati kami satu keluarga akan buat macam mana korang buat arwah.
 
"TAPI kami masih ada iman walau sebesar zarah... So hanya pada Allah kami mohon agar korang digantung sampai mati!!!!," tulisnya.
 
Entri itu juga turut disertakan dengan hashtag #justice4along #AlFatihah #ZulfarhanOsman.

Dalam pada itu, posting tersebut mendapat pelbagai reaksi masyarakat yang rata-ratanya bersetuju dengan status tersebut.
 
Terdahulu, lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didakwa di Mahkamah Majistret semalam atas tuduhan membunuh Zulfarhan Osman Zulkarnain Mei lalu.
 
Manakala seorang lagi penuntut UPNM didakwa bersubahat membunuh mangsa berusia 21 itu juga merupakan pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik universiti itu.
 
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.