Sumber : iKahwin.my
Pastinya anda teruja untuk menukar status anda kepada 'Puan'. Kami senaraikan 10 perkara yang patut anda lakukan sebelum menjadi 'Mrs.'
#1: Ada income sendiri
Ada setengah wanita merasakan yang mencari duit sendiri itu tidak perlu lebih-lebih lagi jika bakal suami anda sudah stabil dan pendapatannya mencukupi untuk keluarga baru kelak. Namun, harus diingat, wanita patut menyediakan payung sebelum hujan. Walaupun jika anda berniat untuk menjadi suri rumah sepenuh masa selepas berkahwin, tidak salah sekiranya sebelum anda berkahwin, anda menimba pengalaman dalam mencari pendapatan sendiri. Jika anda merasakan makan gaji tidak sesuai dengan anda, apa kata anda manfaatkan skil dan bakat yang anda anda? Menyulam, menjahit atau lain-lain. At least, jika ada sesuatu yang tidak diingini di masa hadapan, anda sudah tahu bagaimana untuk meneruskan hidup anda dan anak-anak.
5 Perkara WAJIB Bakal Pengantin BUAT Sebelum Berumah Tangga . No 3 Paling Utama !
#2: Cuba tinggal sendiri
#3: Betulkan gigi
Anda selalu rasa anda tidak kelihatan menarik apabila anda senyum? Anda rasa gigi anda kurang rata? Anda merasakan gigi anda agak kekuningan? Inilah masanya untuk anda betulkan gigi anda. Rawatan braces/whitening dan lain lain walaupun agak mahal harganya, namun, setiap sen yang anda keluarkan adalah berbaloi. Dan semestinya lebih berbaloi dari beg Chanel anda.
Sejak bila anda berazam untuk mendapatkan badan yang fit namun tidak pernah berjaya merealisasikannya? 5 tahun lepas? 10 tahun lepas? Sejak tahun 2009? Hah! Inilah masa yang paling paling palingggg sesuai. Selepas anda berkahwin nanti, anda akan selalu makan bersama suami dan sibuk menyesuaikan diri anda dengan peranan anda sebagai isteri. Jika anda ditakdirkan mendapat zuriat awal, anda akan terpaksa menunda lagi azam anda. Jadi, sekarang inilah masa paling sesuai. Lagipun, tentunya anda ingin kelihatan paling cantik di hari perkahwinan anda.
#5: Bermanja sepuas-puasnya dengan keluarga anda
Sebelum berkahwin inilah anda boleh bermanja sepuas-puasnnya dengan ibu bapa anda. PDA (public display of affection) dengan ibu bapa anda di khalayak ramai pun tidak salah. Bila lagi kan? Hendak tidur bawah ketiak ibu anda pun, buatlah. Bukanlah nanti anda tidak berpeluang untuk berbuat begini selepas berkahwin nanti, cuma masa dan perhatian anda akan terarah kepada perkara lain sehinggakan anda mungkin terlupa yang anda juga masih boleh bermanja dengan ibu bapa anda seperti sekarang. Whether you like it or not, you'll always be your parents' little daughter.