Siapa yang tidak kenal dengan Mobile Legends: Bang Bang sekarang. Sebuah game di peranti mobile, dengan genre MOBA (Multiplayer Onilne Battle Arena) yang cukup popular ini nampaknya bakal menghadapi masalah besar. Pembangun untuk game MOBA yang telah bertapak di platform PC sejak sekian lama, League of Legends telah mengeluarkan saman bagi pelanggaran hak cipta terhadap Shanghai Moonton Technology. Tuntutan mahkamah ini dibuat pada minggu lalu di Central District Court of California . Tiga game yang dibangunkan oleh Shanghai Moonton Technology yang telah dipersoalkan adalah Mobile Legends: 5V5 MOBA, Mobile Legends: Bang Bang, dan Magic Rush: Heroes. Sebagai peminat genre MOBA, terutamanya League of Legends, pastinya korang tidak terkejut mengapa Riot Games mengambil tindakan sedemikian, kerana ia kelihatan game-game ini telah meniru League of Legends sehingga kepada butiran kecil dan unik.
Semuanya bermula dengan logonya. Kita tidak perlu menjadi seorang pereka grafik profesional untuk melihat persamaan antara logo League of Legends dan Mobile Legends. Kedua-duanya menggunakan font dan shield backdrops yang sama. Itu kita belum masuk lagi kepada tekstur, rekaan map, skema warna, dan lokasinya ditiru hampir kesemuanya.
Korang lihatlah pula hero Annie daripada League of Legends dan Emily daripada Magic Rush.
Pembuat Permainan Mobile Legend : Bang Bang Di Saman.
Menurut Dot Esports lagi, Riot Games bukanlah melakukan tindakan melulu dengan terus mengambil tindakan mahkamah. Tuntutan pelanggaran hak cipta ini telah dilakukan selepas mereka telah cuba beberapa kali untuk menghubungi Google Play dan App Store bagi memadamkan kedua-dua Magic Rush dan Mobile Legends: 5V5 MOBA.
Moonton kemudian telah memadamkan Mobile Legends: 5V5 MOBA daripada App Store tanpa notis, dan selepas itu menaikkan semula game yang sama di bawah nama yang berbeza – iaitu Mobile Legends: Bang Bang.
Riot Games percaya bahawa Moonton telah menjana ribuan dollar, malah mungkin jutaan dollar – dengan hanya meniru League of Legends.